Ahad, 28 Ogos 2011

Bunga Pink atau Bunga Kuning???

Bunga berwarna kuning yang memikat hati

Erm, tajuk pun dah macam jiwang kan.. Bunga pink? Bunga kuning? Apa benda tu? Macam jiwang saja kan.. Sebenarnya di sebalik tajuk ini ada maksud yang tersirat di sebaliknya. Tajuk ini saya dedikasikan khas buat seorang kawan baik saya. Dialah yang bertanya kepada saya tentang semua ini. Sekarang, saya akan utarakan pendapat saya dalam blog ini. Nanti, korang semua jangan lupa tinggalkan komen dan respon tau.

My friend: aku nak tanya kamu ni....
Aku: apa dia?

My friend: aku nak tanya kau apa maksud semua ni..     Macamni, tadi aku beli dua pokok bunga.. Yang satu warna pink dan satu lagi warna kuning.. Kau taukan yang aku minat giler dengan warna pink ni.. Aku sanggup tunggu 2jam lepas tanam pokok bunga ni sebab aku nak tengok bunga warna pink tu berkembang..

Aku: So, kau dapat tak tengok bunga warna pink tu?

My friend: Masalahnya, yang keluar berkembangan dulu tu,sekuntum bunga warna kuning.. Yang warna pink tak keluar-keluar pun..

Aku: Jadi, kau tak dapat tengoklah bunga warna pink tu?

My friend: Inilah yang aku nak beritahu kau.. Tidak lama kemudian, bunga warna pink pun muncul.. Bukan sekuntum tapi dua kuntum yang keluar..

Korang semua faham tak apa maksud tersirat di sebalik semua ni? Okay, let see. Katakan yang korang ni suka suka sangat pada yang 'pink' tu, tapi dia dah kecewakan korang kerana dia tak keluar di saat korang tunggu dia. Sebaliknya, ada 'kuning' yang hadir di sisi korang pada masa itu. Tanpa disedari, 'pink' cuba menebus kesilapan dia dengan memberikan kebahagiaan kepada korang iaitu 'dua kuntum' bunga pink yang korang tak sangka-sangka.

Di sini, saya ingin aplikasikan peristiwa tadi dengan perumpamaan dalam hidup kita semua. Andainya peristiwa tadi benar-benar terjadi dalam diri kita, macamana agaknya yer? Lepas kita dapat 'pink', adakah kita akan terus melupakan 'kuning'? Tapi kuning tak salah kan. Dia datang pun sebagai ujian untuk menguji hati kita kepada 'pink'. Sememangnya takdir begitu. Mengapa kita harus menyalahkan si 'kuning'?

Cuba korang fikirkan, adilkah 'kuning' itu dilupakan begitu sahaja? Walaupun dia datang sekejap sahaja tetapi ada kebaikan yang dia berikan kepada kita. Kenapa mesti sedikit keburukan membuatkan kita lupa terhadap kebaikannya. At least dia telah mengajar kita agar tak mudah terpedaya dengan 'kuning' yang lain, sebaliknya setia menunggu pink.

setia menanti

Akhir kata daripada saya, selalu ceria dan senyum. Jangan lupa tau untuk SUNSHINEEEEEEE!!!!

saranghae....

Rabu, 24 Ogos 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta

                                          tak kenal maka tak cinta,dah kenal bertambah mesra


Annyeong haseyo!!! Saranghae semua!!! Ceewah, bercakap korea pula saya ni. Dahla gambar kat atas pun gambar pelakon korea. Memanglah aku ni minat korea


Pada entri yang lepas, saya telah berjanji akan memperkenalkan diri saya ni kerana saya ni masih lagi seorang blogger baru. Macamlah aku ni popular sangat sampai orang nak kenal. Korang semua boleh panggil saya Emiz. Nama penuh saya pula Miss Emiz Ibrahim (kalau dah kahwin, kena panggil Mrs/Puan lar. Ish,gatalnya aku) I am a girl dan seorang pelajar/bakal mahasiswi di salah sebuah universiti tempatan (universiti apa? Tak boleh cakaplah lagi... Kena tungguuuuu) Saya akan mendaftar masuk di universiti 'ehem ehem' selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Tak sabar rasanya nak menjalani hidup sebagai seorang siswi ^_^


Tak kenal maka tak cinta yer, banyak tafsiran berdasarkan ungkapan itu. Tak semestinya cinta itu bermaksud kita mencintai seseorang. Cinta itu juga boleh beralih ke arah sesuatu yang lain. Sebagai contohnya saya sudah  jatuh hati ke dalam dunia penulisan. Sewaktu kecil, saya cuma gemar membaca sahaja. Kadang-kadang tu, saya selalu menconteng dinding di rumah saya. Maklumlah, nak test bakat nak jadi penulis. Sekarang, saya betul-betul mencintai bidang penulisan. Seolah-olah kita berada di alam lain. Apabila saya menulis tentang sesuatu cerita, saya dapat merasakan diri saya berada di dunia itu. Seperti juga bila kita membaca novel, kita dapat menyelami isi hati watak-watak dalam novel itu. Begitulah betapa cintanya saya dalam penulisan ini.


Saya harap pada entri yang seterusnya, saya dapat menghiburkan anda semua dengan topik yang lebih menarik lagi. Nak tahu apa? Tungguuuu... Akhir kata, jangan lupa untuk menceriakan diri anda semua... SUNSHINEEEEEE!!!


Salam sayang, Sayonara semua....
Saranghae~ Aishiteru~

Selasa, 23 Ogos 2011

Bermulanya Di Sini

Bismillahirahmanirahim....
Salam sayang dan salam perkenalan buat semua pembaca blog ini. Selamat datang dan selamat menceriakan diri dalam blog Sunshine saya ini. Untuk pengetahuan semua, saya merupakan blogger baru dan masih lagi hijau dalam dunia penulisan blog. Inilah entri pertama saya dan di sinilah bermulanya sebuah kisah hidup yang akan saya abadikan dalam blog ini.


Saya pernah create blog pada tahun lepas tapi lantaran kesibukan yang menghantui, saya tak dapat nak update blog saya. Maklumlah tahun lepas saya tengah busy dengan study and preparation untuk STPM (2010). Mulai sekarang, saya berjanji akan selalu merajinkan diri untuk update blog ni dan share kepada korang semua setiap peristiwa yang berlaku dalam alam Sunshine saya ni.. Erm,macamlah Sunshine kononnya,hehehe...


Tentu all the readers want to know who i am, right? You can call me Emiz. Pada entri saya yang seterusya, saya akan ceritakan pula tentang diri saya ni. Thanks kepada semua pembaca blog ini. Sayang korang semua.

Sayonara semua,
Aishiteru.........