Ahad, 28 Ogos 2011

Bunga Pink atau Bunga Kuning???

Bunga berwarna kuning yang memikat hati

Erm, tajuk pun dah macam jiwang kan.. Bunga pink? Bunga kuning? Apa benda tu? Macam jiwang saja kan.. Sebenarnya di sebalik tajuk ini ada maksud yang tersirat di sebaliknya. Tajuk ini saya dedikasikan khas buat seorang kawan baik saya. Dialah yang bertanya kepada saya tentang semua ini. Sekarang, saya akan utarakan pendapat saya dalam blog ini. Nanti, korang semua jangan lupa tinggalkan komen dan respon tau.

My friend: aku nak tanya kamu ni....
Aku: apa dia?

My friend: aku nak tanya kau apa maksud semua ni..     Macamni, tadi aku beli dua pokok bunga.. Yang satu warna pink dan satu lagi warna kuning.. Kau taukan yang aku minat giler dengan warna pink ni.. Aku sanggup tunggu 2jam lepas tanam pokok bunga ni sebab aku nak tengok bunga warna pink tu berkembang..

Aku: So, kau dapat tak tengok bunga warna pink tu?

My friend: Masalahnya, yang keluar berkembangan dulu tu,sekuntum bunga warna kuning.. Yang warna pink tak keluar-keluar pun..

Aku: Jadi, kau tak dapat tengoklah bunga warna pink tu?

My friend: Inilah yang aku nak beritahu kau.. Tidak lama kemudian, bunga warna pink pun muncul.. Bukan sekuntum tapi dua kuntum yang keluar..

Korang semua faham tak apa maksud tersirat di sebalik semua ni? Okay, let see. Katakan yang korang ni suka suka sangat pada yang 'pink' tu, tapi dia dah kecewakan korang kerana dia tak keluar di saat korang tunggu dia. Sebaliknya, ada 'kuning' yang hadir di sisi korang pada masa itu. Tanpa disedari, 'pink' cuba menebus kesilapan dia dengan memberikan kebahagiaan kepada korang iaitu 'dua kuntum' bunga pink yang korang tak sangka-sangka.

Di sini, saya ingin aplikasikan peristiwa tadi dengan perumpamaan dalam hidup kita semua. Andainya peristiwa tadi benar-benar terjadi dalam diri kita, macamana agaknya yer? Lepas kita dapat 'pink', adakah kita akan terus melupakan 'kuning'? Tapi kuning tak salah kan. Dia datang pun sebagai ujian untuk menguji hati kita kepada 'pink'. Sememangnya takdir begitu. Mengapa kita harus menyalahkan si 'kuning'?

Cuba korang fikirkan, adilkah 'kuning' itu dilupakan begitu sahaja? Walaupun dia datang sekejap sahaja tetapi ada kebaikan yang dia berikan kepada kita. Kenapa mesti sedikit keburukan membuatkan kita lupa terhadap kebaikannya. At least dia telah mengajar kita agar tak mudah terpedaya dengan 'kuning' yang lain, sebaliknya setia menunggu pink.

setia menanti

Akhir kata daripada saya, selalu ceria dan senyum. Jangan lupa tau untuk SUNSHINEEEEEEE!!!!

saranghae....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan