Rabu, 24 Ogos 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta

                                          tak kenal maka tak cinta,dah kenal bertambah mesra


Annyeong haseyo!!! Saranghae semua!!! Ceewah, bercakap korea pula saya ni. Dahla gambar kat atas pun gambar pelakon korea. Memanglah aku ni minat korea


Pada entri yang lepas, saya telah berjanji akan memperkenalkan diri saya ni kerana saya ni masih lagi seorang blogger baru. Macamlah aku ni popular sangat sampai orang nak kenal. Korang semua boleh panggil saya Emiz. Nama penuh saya pula Miss Emiz Ibrahim (kalau dah kahwin, kena panggil Mrs/Puan lar. Ish,gatalnya aku) I am a girl dan seorang pelajar/bakal mahasiswi di salah sebuah universiti tempatan (universiti apa? Tak boleh cakaplah lagi... Kena tungguuuuu) Saya akan mendaftar masuk di universiti 'ehem ehem' selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Tak sabar rasanya nak menjalani hidup sebagai seorang siswi ^_^


Tak kenal maka tak cinta yer, banyak tafsiran berdasarkan ungkapan itu. Tak semestinya cinta itu bermaksud kita mencintai seseorang. Cinta itu juga boleh beralih ke arah sesuatu yang lain. Sebagai contohnya saya sudah  jatuh hati ke dalam dunia penulisan. Sewaktu kecil, saya cuma gemar membaca sahaja. Kadang-kadang tu, saya selalu menconteng dinding di rumah saya. Maklumlah, nak test bakat nak jadi penulis. Sekarang, saya betul-betul mencintai bidang penulisan. Seolah-olah kita berada di alam lain. Apabila saya menulis tentang sesuatu cerita, saya dapat merasakan diri saya berada di dunia itu. Seperti juga bila kita membaca novel, kita dapat menyelami isi hati watak-watak dalam novel itu. Begitulah betapa cintanya saya dalam penulisan ini.


Saya harap pada entri yang seterusnya, saya dapat menghiburkan anda semua dengan topik yang lebih menarik lagi. Nak tahu apa? Tungguuuu... Akhir kata, jangan lupa untuk menceriakan diri anda semua... SUNSHINEEEEEE!!!


Salam sayang, Sayonara semua....
Saranghae~ Aishiteru~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan